Posts

Showing posts from 2013

"feminine"nya aku

Image
Assalamualaikum. . hari ini nak share sikit tips2 penjagaan muka tapi hanya yang asas sahaja.maklumlah semenjak umur dah menjangkau 20 tahun ni,tiba-tiba jadi rajin nak jaga muka dgn lebih baik.sebelum ini bukan tak jaga tapi malas sedikit nak menjaganya..dulu tak kisah pun muka ni berminyak ke,ada black head ke,buka berbintik-bintik ke..tak ada kisah langsung.takde kisah pun :3 tapi itulah hati mula berubah semenjak akak dan kawan2 banyak memberi nasihat agar lebih "caring" dalam menjaga muka.BUKAN NAK CANTIK UNTUK TAYANG KAT ORANG..ish jadi sama2 BETULKAN NIAT BALIK !!sesungguhnya Allah itu kan cantik,dan Dia suka akan kecantikkan..tak nak ke Allah sayang kita kerana kita tergolong dalam orang yang menjaga kecantikan? Dari sudut kesihatan pun kita digalakkan menjaga kecantikan dan kesegaran kulit muka.jadi saya nak tunjukkan beberapa cara dan apa yang anda perlukan untuk menjaga muka.dan diingatkan tidak semua orang sama ya,teknik penjagaan muka mereka. yang pertama ki

pasangan

Image
sepasang selipar. setiap perkara yang Allah jadikan di dunia ada pasangannya. sama juga dgn HATI kita,ia memerlukan sesuatu untuk dilengkapkan.. iaitu IMAN. (canon 600D / iso200 / F5.6)

tradisi kami (aidifitri'13)

tiada kad raya nak dipos..maka video ini menjadi penganti diri :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN     

AL FATIHAH

Image
assalamualaikum ..semoga kita semua berada di dalam rahmatNya..insyaAllah 13 Jun 2013...genap umur anak saudara aku,nik muhammad amirul hakimi 8bulan.. 13 Jun 2013...juga adalah tarikh perginya insan yg bernama nik mohamad azuraidi(abang ipar aku) AL -FATIHAH smg abg nik bahagia dan tenang berada di sana..kami di sini sentiasa mendoakan yg terbaik untuk abg nik... ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ berat mata yg melihat,berat lagi bahu yg memikul...perginya seorang ahli keluarga aku cukup membuatkan kami sekeluarga rasa kehilangan..nik mohamad azuraidi adalah suami kepada akak aku,nurul husna...dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yg di mana Allah izin rupa parasnya saling tidak tumpah seperti ayahnya...nik muhammad amirul hakimi kronologi....dengan izin Allah peristiwa abg nik dan kak una keracunan makanan akibat termakan nasi basi di sebuah kedai adalah menjadi al-sabab abg nik mula sakit..

"chicken wings" madu

Image
sepanjang study leave ni maklumla,duduk dalam bilik ngadap sume lecture notes,nota praktikal,anatomy sume mestilah bosan kan..dan time tu juga rasa rindu Malaysia la,nk dgr lagu raya lah dan mengada nk makan sedap2....satay la,burger bakar abg burn la,nasi kerabulah itulah inilah...haaaah klu dilayan mmg banyakla berangangnye... tapi aku nak share 1 resepi mudah,cepat dan LAZAT!'chicken wings' madu..homemade tau!! time2 study leave mcm ni mestilah malas nak duduk dapur tu lelamakan...so klu nk makan sedap dan cepat ley la try.. nilah hasilnya :9 (habis dah aku makan) bahan-bahan: 1.kepak ayam  4 ketul 2.madu  3.kicap masin  4.sos tomato  5.serbuk lada hitam 6.serbuk halia peralatan yg wajib ada:  cooking pan (klu gne kuali ke atau periuk yg bukan jenis "pan" tu takkan menjadi) cara-cara: 1.gaulkan madu,sos tomato,serbu halia dan kicap bersama dengan kepak ayam. 2.panaskan cooking pan dan letak sikit je minyak. 3.klu nk sedap bol

telur masin vs telur palsu

Image
sekarang ni aku tengah mengusahakan "perusahaan telur masin cik yam" :P ni sume gara-gara teringin sangat nak makan telur masin,so aku belilah 4 biji telur itik pastu rendamkan dalam air garam..kuantiti garam pastikan banyak sebab kalau sikit telur masin takkan menjadi...so setelah 3 minggu aku menuggu telur tu berendam,akhirnya aku pun rebus la telur tersebut untuk dimakan..dan hasilnya mantap!!! alhamdulillah sedap sgt!! *sorry sbb excited sangat aku tak sempat nk ambik gmbr* dan bile cite pasal telur masin ni tetiba teringat dlu mse aku form 4..time tu cuti sekolah,macam biasalah bile balik cuti mestilah kerjanya online sebab dulu duduk asrama..time tu gak seingat aku kepoh pasal negara china buat telur tiruan..aku pun usha la video pembuatan telur palsu tu...wow!hebat la org china ni klu bab2 ciplak dan buat benda2 palsu ni..... pastu aku pulak tetiba teringin nak makan telur goreng...aku pegi dapur dan buatlah telur goreng.tapi aku hairan dgn structure telur goreng

biskut gula

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera.sekarang dan masuk bulan april maksudnya kurang daripada 50 hari lagi saya nak balik malaysia...yeay \O/..hehehe dan sebelum balik kitaorg ada final exam :o...hahahah btw doakan kami ye! so bila dah cerita pasal malaysia ni teringat hari tu jenjalan kat METRO sbb nak keluarkan duit...tiba-tiba ternampak kelibat plastik merah...de gmbr org perempuan rambut kuning ikat tocang dua,pastu ada tulisan melayu.....rupa-rupanya kat METRO dah ada jual BISKUT BERGULA JULIE!!! hahahaha..time tu nak menjerit je rasa,walaupun dah menjerit sebanarya cuma buat tak tahu je dgn pandangan org sekeliling...hahahaha (pakcik yg jaga daging tu agaknya puas mengumpat pasal aku sbb jakun sgt...XD) mula-mula tak nak beli sebab harga dia mahal..nak tahu berapa? harga dia 22.35LE klu convert harga malaysia jadi RM11 ...what???hahahah padahal kat malaysia hanya RM3.90 je....see!!walaupun mahal saya tetap tekad untuk membelinya sebab dah lama mengidam...paham2 jelah perasaan

my first surgery

Image
assalamualaikum  bismillah...ok bukan nak cerita aku kena "operate" tapi aku pergi melihat doktor-doktor melakukan "surgery"...^_^ minggu lepas kitaorang berempat pergi hospital universiti di Mansurah.Pengalaman pertama yg tak dapat aku lupakan apabila kaki pertama menjejaki "Operation Theater" (OT)...perkara pertama yg aku nampak adalah doktor sedang mengorek sesuatu ke dalam abdomen pesakit...bahagian perutnya telah dibedah dan doktor-doktor tersebut sedang mencari sesuatu di bahagian perut pesakit tersebut.,doktor tu sume muka relaks je,dan nampak juga sedang bersusah payah nak mencari di mana punca masalah.Kami bertanya apa penyakit dia..pakar bius yg duduk di tepi memberitahu bahawa makcik tersebut mempunyai ketumbuhan di bahagian perutnya..pada mulanya agak takut nak datang dekat,tapi sikit-sikit kitaorg datang dekat sebab nak tengok lebih jelas..alhamdulillah doktor tak marah. beberapa minit berada kat OT yg pertama,kitaorg keluar then pergi

lelaki kuat perasan ke?

Image
semalam ada SC dgn adik-adik tahun 1 GMN...aku dan kak syakirah sebagai naqibah diaorang..tapi semalam kak syakirah yang beri penyampaian...^_^ kitaorg bergilir beri penyampaian...tajuk semalam kak syakirah kata agak sensitif sikit...sebab tajuknya adalah aurat dan batas pergaulan antara perempuan dan lelaki.... so nak dijadikan cerita, kak syakirah masuk bab musyrif...tapi 1 perkara yang telah membuka pemikiran aku adalah apabila kak sya ckp mcm ni : kalau nak pilih musyrif tu, kalau boleh variasikan...sebab apa,ada kisah tahun lepas, ada seorang ikhwah tu mengaku kat depan semua orang..ikhwah tu kata, "ana ingat dia suka dengan ana, sebab kalau nk jadikan musyrif je call ana....tapi tup2 hujung tahun tengok dia kahwin dengan orang lain pulak..kecewa ana!"  ..so lepas ni akhawat2 ni kena lebih peka dan berhati-hati...kadang2 kita perempuan memang tak rasa apa-apa perasaan pun pada lelaki tu...tetapi lelaki kita tak tau, apa yang diaorang rasa....sebab lelaki ni sebe

my 20th

Image
assalamualaikum 3 Januari 2013 genap umur aku 20 tahun.rasanya sungguh cepat masa berlalu...hahaha.. dan kini aku perlu lebih banyak muhasabah kembali,apa yang telah aku lakukan selama hampir 20 tahun aku hidup.. teringat zaman sekolah rendah dulu,pernah rasa tak sabar nak jadi dewasa,nak umur 20..dan sekarang aku dah sampai ke tahap itu:) ...sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi dewasa!apa yg aku rasa bila sudah berumur 20?? ya,20 ini hanyalah angka...tapi apa yg aku harapkan agar diri ini mampu untuk menjadi lebih matang,lebih bertanggungjawab dan lebih kuat melakukan kerja2 DnT..insyaAllah!lagi 1..ramai dok suro aku kawen sbb katanya aku dah tua..hahahaha..itu aku no komen,klu aku tak silap dengar pesanan dri parents aku,diaorg pesan tahun 6 bru bley kawen..haaaa~ aku kan anak mithali...aku kena ikut arahan big boss...hahahah :P ni time berumur 1 atau 2 tahun semestinya berbanyak syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku peluang bernafas hingga ke saat ini...tida