AL FATIHAH

assalamualaikum ..semoga kita semua berada di dalam rahmatNya..insyaAllah

13 Jun 2013...genap umur anak saudara aku,nik muhammad amirul hakimi 8bulan..
13 Jun 2013...juga adalah tarikh perginya insan yg bernama nik mohamad azuraidi(abang ipar aku)

AL -FATIHAH
smg abg nik bahagia dan tenang berada di sana..kami di sini sentiasa mendoakan yg terbaik untuk abg nik...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

berat mata yg melihat,berat lagi bahu yg memikul...perginya seorang ahli keluarga aku cukup membuatkan kami sekeluarga rasa kehilangan..nik mohamad azuraidi adalah suami kepada akak aku,nurul husna...dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yg di mana Allah izin rupa parasnya saling tidak tumpah seperti ayahnya...nik muhammad amirul hakimi

kronologi....dengan izin Allah peristiwa abg nik dan kak una keracunan makanan akibat termakan nasi basi di sebuah kedai adalah menjadi al-sabab abg nik mula sakit....selepas mereka berdua mengalami sakit perut,kesakitan di bahagian abdomen abg nik menjadi semakin teruk..sehingga abg nik tiada selera makan,tidak dpt pergi kerja,tidak dapat tidur malam...

kemudian abg nik di masukkan ke hospital selayang dan beliau ditahan di dalam wad..pada hari pertama abg nik masuk ke hospital tersebut..abg nik masih sedarkan diri,masih boleh bergurau2 dengan isterinya...tapi itu hanya sementara apabila pada keesokan harinya,abg nik sudah mula tidak sedarkan diri...maka bertambah2 keresahan pada hati seorang isteri...keadaan kak una pada ketika itu nampak gelisah dan mula risau akan abg nik..tambah2 pula kak una masih ada anak seorang yg perlu diambil berat juga..berulang alik juga kak una dari hospital ke rumah...pagi bersama abg nik..malam bersama amirul pula..

pada hari ketiga,abg nik masih tidak sedarkan diri..doktor memaklumkan bahawa abg nik mengalami jangkitan kuman pada hatinya.amirul pula pd waktu malam asyik terbangun2 dan merengek..dapat kami rasakan bahawa amirul amat merindui abg nik...tambahan pula abg nik sememangnya rapat dgn amirul..bagun pagi abg nik yg kejutkan,nak mandi abg nik yg mandikan,hantar ke pusat jagaan bayi abg nik yg hantarkan....naluri seorang anak yg rindukan ayahnya...kak una cuba untuk mengubat rindu amirul dgn memberikan amirul kain pelekat abg nik sebagai peneman amirul tidur..T_T..sayu hati aku melihat situasi si kecil ini...

pada hari ketiga di hospital selayang,keluarga abg nik yg datang dari kelantan datang untuk mohon abg nik dapat dipindahkan ke hospital kota bharu kelantan..kerana ahli keluarga abg nik ingin menjaganya di kelantan.pada hari ke-4 aku,kak una,abg apis dan kak huda menaiki bus bergerak ke kelantan...jadual kak una sepanjang di kelantan ialah sepanjang hari bersama abg nik di hospital,pada belah malam pula bersama amirul di rumah...aku hanya membantu kak husna mana yg aku mampu..aku membantu kak una menjaga dan menemani amirul sekiranya kak husna berada di hospital...

sudah hampir seminggu abang nik masih belum sedarkan diri..kami semua hanya mampu berdoa..berdoa..berdoa dan berdoa...tiada apa yang kami mampu lakukan,hanya Allah yang mampu memberikan penyakit dan menyembuhkan penyakit..semua ahli keluarga abg nik sangat2 memberi komitmen menjaga abg nik,samada ayahnya,ibunya,adiknya,abgnye..24 jam berada di hospital bagi menemani abg nik..tidak lama kemudian doktor memaklumkan bahawa otak abg nik sudah mula membengkak kerana jamgkitan kuman.kemudian jangkitan tesebut menyerang buah pinggan dan yg terakhir darahnya..sehingga darah abg nik tidak mampu membeku..sedikit demi sedikit tekanan darah abg nik menurun.seluruh ahli keluarga berdebar2 dan sedih tak terkata...

doktor juga ada memaklumkan bahawa abg nik mempunyai peluang yang tipis untuk pulih..tetapi doktor juga ada menyatakan bahawa abg nik mempunyai semangat yg kuat,kerana abg nik masih mampu bertahan..mungkin doa dari sahabat2,dorongan dari isteri,anak dan ahli keluarga.semua ahli keluarga tidak putus2 membacakan doa dan yassin..

akhirnya hari khamis,13 Jun 2013,jam 9 pagi abg nik telah menghembuskan nafasnya yg terakhir..kak husna sempat bersama abg nik pada saat2 terakhirnya..kak husna menemani abg nik sehingga abg nik pergi..tetapi aku,mak,ayah,abg apis,abg muadz,kak shah,adik2 aku dan amirul tidak sempat bersama dan menemani abg nik pada saat2 akhirnya,pada ketika itu kami masih dalam perjalanan ke hospital.apabila kak husna menelefon mak untuk menyatakan abg nik sudah pergi,tiada apa yg mampu menahan air mata kami semua untuk tumpah..mak,ayah,amani,ain,abg apis turut menangis akibat terlalu sedih....dan sesampai sahaja di hospital,yg lebih menyayat hati apabila kak una menangis tanpa henti seakan2 masih tidak mampu menerima berita tersebut..kak una terlalu terkejut,ahli keluarga berusaha menenangkan kak una..aku juga tidak mampu menahan air mata kerana pd ketika itu aku sedang memangku amirul..menangis aku apabila melihat wajah amirul...T_T..tabahlah wahai si anak kecil..smg ayah kamu bahagia di sana...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sememangnya berita ini amat mengejutkan ramai orang..kerana abg nik telantar di hospital selama 8 hari sebelum Allah mengambilnya...alhamdulillah aku melihat semua urusan abg nik dipermudahkan..atas berkat doa semua..sememangnya org yg baik,Allah akan ambil dahulu..walaupun aku tidak terlalu rapat dgn abg nik tapi aku mudah dan berasa gembira bile ada bersama abg nik,abg nik seorang yg kelakar,sabar dan penyanyang...walaubagaimanapun,kami sekeluarga dan terutamanya akakku,nurul husna tabah dan sabar menghadapi ujian ini..yakinlah segala yg berlaku ada hikmahnya..insyaAllah.

AL -FATIHAH.....

kata semangat dri seorang isteri... T_T (sebelum abg nik meninggal)

Comments

Anonymous said…
yamm..moga kakak yam tabah hadapi semua ni. bukan mudah nak terima pemergian seseorang,lebih2 orang yang kita sayang.alhamdulillah, ALLAH tinggalkan zuriat yang soleh untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa :(
takziah yam...semoga yam n family terutama kak una dgn amirul tabah...
HambaPenguasa said…
takziah utk sekeluarga,,insyaallah ad hikmahnya..maaf baru tahu berita ni.
Mar_yam said…
terima kasih semua tas doa..

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...