seolah-olah seperti petunjuk


picture by Deviant art

setelah sekian lama aku memohon petunjuk daripadaNya..pada suatu hari aku bermimpi seolah-olah aku diberi petunjuk.tetapi yg sering bermain di minda aku adakah itu pertunjuk yang sebenar yang diberikan oleh Allah kepada aku?
1.aku memohon kepadaNya untuk memberikan aku petunjuk bahawa yang terbaik samada JPA atau MARA?
2.adakah terbaik untuk aku melanjutkan study aku ke Timur tengah atau dalam negara sahaja?
Jadi aku bermimpi sebuah peta negara timur tengah(masih confuse samada Jordan atau Mesir) dan aku mendapat berita bahawa MARA tak ada duit ketika itu dan aku berasa amat risau akan perbelanjaan aku di sana.Adakah ianya petunjuk untukku?

3.aku juga memohon agar diberi petunjuk untuk mengambil course apa di IPT nanti?adakah pergigian ini betul-betul terbaik untuk aku?
Jadi aku pun bermimpi....nak tau mimpi apa?doktor gigi?klinik gigi?semuanya tidak....nak tahu..aku telah bermimpi berus gigi dan ubat gigi...hehehe..lawak betullah...dan ini juga menjadi persoalan bagi aku.adakah ini petunjuk untuk aku?

sebenarnya untuk memohon petunjuk ini aku telah beberapa kali melakukan istikharah..selagi tidak menjadi,selagi itu aku mencubanya..cuma kadang-kadang aku rasa seperti mahu give up...alhamdulillah,akhirnya Allah izin aku terbaca sepotong ayat yang telah memberi aku kekuatan agar terus memohon daripadaNya iaitu dari novel Tautan Hati-Fatimah Syarhah....:
" Tidak akan menyesal sesiapa yang minta pilihan daripada al-Khaliq dan bermesyuarat dengan makhluk yang mukmin bagi menetapkan urusannya.Allah berfirman,maksudnya,bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan.Apabila engkau berazam,maka bertwakallah kepada Allah"

Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...