rahsia supaya tak kecewa



picture by Deviant art
assalamualaikum...sebenarnya kalau nak dikira berapa kali kita kecewa?boleh katakan tak terkira bukan...hari ni nak share sikitlah beberapa cerita sedih dalam hidupku ini...
kisah 1: KEPUTUSAN SPM  (cerita ni takdela sedih sangat tapi gembira  tetap ada )....bila aku dapat keputusan SPM aku baru-baru ni,9A2B..perkataan yg pertama timbul dalam hati...."kenapa 2B,aku target 1B(aku target arab shj yg dapat B sebab aku mmg tak terer arab)..tapi rupa-rupanya Allah izin BI aku jugak B...time tu mmg nak menangis tp bila teringat akan sahabat2 JDK banyak peringat kan diri ini agar   "redha dengan segala keputusan yg dapat...doa banyak2 kerana Allah yang membolak-balikan hati kita,agar kita tidak terlalu sedih atau terlalu gembira dgn keputusan kita....dan yang paling penting mintak diberikan yang terbaik"
"Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yg aku idam2kan?" Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sdg kamu tidak mengetahui" surah Al Baqarah, ayat 216.

kisah 2 : PERMOHONAN MARA..suka citanya dimaklumkan bahawa permohonan MARA aku tidak berjaya...maka bersedihlah diriku ini..walaubagaimana pun dengan berkat kekuatan doaku   " ya Allah jika MARA ini adalah yang terbaik untukku permudahkanlah urusannya,jika ada yang LEBIH baik Engkau jauhkanlah permohonan MARA ini "...ayah pulak kata "ayah doakn agar kau ditempatkan di tempat yang ada TARBIAH"..subhanallah..dengan berkat doa dan kata-kata tersebut semangat aku terbina semula...bahawa ini bukan segala-galanya..dan aku yakin Allah telah tetapkan tempat yang terbaik untuk aku..rahsianya sentiasa yakin dan tidak berburuk sangka dengan Allah...

kisah 3: MISI BANJIR... pada bulan Februari yang lalu,aku telah bertugas sebagai sukarelawan MISI BANJIR HALUAN di seri medan...aku dan kawan-kawan yang lain berkampung di sana selama 5 hari..tugas kami mengadakan program untuk anak-anak mangsa banjir dan murid-murid sekolah tersebut...pada mulanya guru-guru di sana kurang percaya bahawa mampukah kami untuk mengawal anak murid mereka...alhamdulillah kerana niat kami baik dan masing-masing diingatkan agar perbetulkan niat kerana Allah..maka alhamdulillah program kami berjalan lancar selama kami berada di pusat pemindahan banjir tersebut...malah permintaan agar kami boleh mengadakan program di sana  sekali lagi..hendak dipendekkan cerita (padahal dah panjang dah..heheheh )..ada suatu hari tu,kami antara sahabat (panggilan untuk lelaki) dan sahibah(panggilan untuk perempuan) telah bermesyuarat untuk menjalankan program seterusnya,tambahan pula ini adalah antara program yang agak sukar..setelah kami bertungkus-lumus menyediakan persediaan..malangnya program yang dirancang terpaksa dibatalkan..kerana sebab2 tertentu..apa perasaan korang time ni..mesti bengkek kan..dah penat2 rancang tp tak jadi...tapi,tapi,tapi nak tau tak..alhamdulillah tak ada diantara kami pun yang bersungut atau kecewa..ini semua adalah berkat niat kami..buat sesuatu kerana Allah..bukan kerana manusia..alhamdulillah perasaan kesal atau sedih tu Allah dah campakkan jauh2.....

p/s:pengajarannya buatlah sesuatu tu kerana Allah...kerana padanya kita akan peroleh ketenangan...kalau tak percaya...cubalah sendiri...!

Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...