teka-teki teka-tekok...spe yg pandai jwbla...


1.katak klu diterbalikkan jadi katak ,tp klu kopi terbalikkan jd ape?

jawapan : tumpahla..

2.ape bnd yg ade 6 kaki,tp bila jalan gne 4 kaki je?

jawapan :orang yg sedang menunggang kuda,2 kaki manusia tambah 4 kaki kuda..bila jln gne kaki kuda je..

3.benda ape mse dia hidup kita nyanyi,tp bila dia mati kita tepuk?

jawapan :lilin hari jadi

4.1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? 

jawapan :penguin

5.Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

jawapan:patah balik..kambing bengang sbb titi dah patah

6.Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

jawapan: stokin basah

7.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

jawapan :telur 

8. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

jawapan :? Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

9.Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

jawapan :Pengail yang dapat ikan

10.Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

11.Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

12. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

13.Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

jawapan :klu tutup mata tak nampakla..

14.Kenapa mayat dibungkus kain putih?

jawapan: nnt manusia tak takut

15.Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?jawapan: ayam jadi banyakla..hehehe

semoga berjaya!!



Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

hari guru yg ceria...