Bila Cinta Putus. Bila Cinta Ditolak.

LOVE aka CINTA

alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.kali ini nak share sedikit tentang cinta....dengan tidak sengajanya Allah telah mengizinkan saya membaca 1 artikel yg disediakan oleh seorang penulis terkenal Hilal Asyraf.
agak terkesan dengan sebahagian kata-kata yg ditulis oleh Hilal...di mana artikel ini dapat memberi sedikit motivasi dan mengubat hati serta perasaan remaja ini (biasalah remaja..ada kalanya timbul perasaan suka atau cinta)....antara kata-kata yang memberi kesan kepada saya ialah...


Dalam melakukan semua itu, saya sentiasa berfikir: Bagaimana agaknya kalau tak dapat dia?

                Maka, persediaan minda dan rohani telah saya utamakan. Sebab saya memahami fenomena cinta yang kita tidak dapat duga keadaannya. Alangkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi pasangan yang bercinta tanpa apa-apa ikatan? Kenapa mesti kita anggap alam cinta  itu indah semuanya hingga ke penghujung? Mengapa kita perlu fikir yang cinta kita akan diterima dan tidak akan ditolak?

                Dan jangan kita fikir, bila cinta kita diterima, kita akan bahagia pula selama-lamanya.

                
Di tengah percintaan itu, kita akan diuji. Di tengah hubungan itu, kita akan diuji lagi. Semasa bertunang, kita akan diuji. Semasa berkahwin, kita akan diuji lagi. Jangan fikir yang indah-indah sahaja.

                Jadi, sentiasa memahami realiti adalah ubat yang sebenarnya. Sentiasa bersedia untuk apa yang terburuk yang mungkin akan berlaku. Sambil itu, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan hubungan kita terjamin, jadi, kekal.

                Tetapi pada masa yang sama, tidak kita lupa berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan yang terbaik.

                                                                                          artikel penuh oleh Hilal Asyraf

kenapa saya agak terkesan dengan kata-kata di atas ini?? ini disebabkan saya ada mengalami situasi yang sama dengan Hilal (tapi tak adalah sehebat beliau).....cuma kadang2 tertanya-tanya adakah dia menyukai saya? walaubagaimanapun situasi2 sedemikaian adalah normal bagi seorang remaja termasuklah diri ini...cuma bagaimana kita bijak menguruskan perasaan-perasaan sedemikian..ummi selalu pesan "yang penting JAGA HUGUNGAN DGN ALLAH,BARU ALLAH AKAN MENJAGA KITA..MENJAGA SI DIA UNTUK KITA"......ummi juga pesan jangan terlalu melayan perasaan "sampingan" itu sehingga menganggu pelajaran...ada gak ummi  ingatkan kalau dia yang terbaik,Allah akan temukan juga(IAllah 6 tahun lagi)..hehehe....suka sangat  berkongsi cerita tentang ummi..syukran ummi kerana memahami saya..amat2 memahami!! apa2 pun yang berlaku saya hanya bertawakal dan berdoa agar diberi yang terbaik.....jangan takut jika tidak dpt si "dia"...Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya......IAllah...

Comments

Dr K.Nabihah said…
salam alaik...

haaa... awak ade ehm2 ye...
xpe, akak pon ade je.

akk suke je tulisan hilal asyraf sbb dia xpnah kate TIDAK bila perasaan yg sdmikian wujud. xde la akk seksa hati asyik kate tak je bile hati berbunge2... wlaupon nak menanggung rasa tu terasa mcm dukung kete sorong penuh dgn batu bata hehehe...

keep it up yamm...
Mar_yam said…
salam alaik...

heeee~kak biha pun ada gak ye..cumel2...
haa..betul2...penulisan dia memahami jiwa seorang remaja...wah2..kak biha ayat dia bukan main lagi romantis..heheheh...berat nanang dah ni kak biha..dah buleh isi UBM dah taun depan..kih2....

syukran kak biha...best of luck dlm menempuh cabaran ini ^___^

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

hari guru yg ceria...