1 perubahan..

picture by Deviant art

bismillah pembuka bicara.untuk post kali ni saya nak share pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada..berkenaan perubahan.ramai kawan2 yang saya jumpa di luar sana kebanyakkannya mahu berubah ke arah yang lebih baik..tak kiralah samada yang tidak bertudung nak bertudung,yang merokok nak berhenti merokok,yang tinggal solat tak nak tinggal solat,yang tak pernah solat dhuha nak solat dhuha...alhamdulillah..itu semua adalah dengan kehendakNya.segulung tahniah diucapakn kepada mereka kerana,anda semua adalah insan yang dipilih oleh Allah..kerana hidayah adalah milik Allah..maka beruntunglah bagi mereka yang memperolehinya..bukan sahaja untung di dunia,tetapi yang paling penting untung di AKHIRAT.

saya juga mengaku saya hanyalah manusia biasa yang pernah melakukan kesilapan..dan sejujurnya pada 1 masa ketika dulu hati pernah membrontak.."bila aku mahu berubah? " ..ketika itu memang nak berubah tetapi hati mengatakan "tapi aku tak bersedia lagi? " .....menjadi 1 persoalan di mana sampai bila kita hanya mahu menyatakan begitu,tetapi pada masa yang sama mati itu boleh datang pada bila2 masa.alhamdulillah,akhirnya Allah telah memakbulkan hasrat saya untuk berubah ke arah yang lebih baik..bagaimana saya berubah?ini semua adalah penyusunan Allah dan juga berkat doa ibu dan ayah saya.saya tahu mereka berdua sentiasa mendoakn yang terbaik untuk anak2 mereka.

sehingga kini,saya berasa amat2 bersyukur kerana telah dipilih olehNya agar sentiasa istiqomah berada di jalan dakwah dan tarbiyah.perubahan yang dimaksudkan saya ialah merasai dan betul2 memahami matlamat hidup kita yang sebenar iaitu berubudiyah kepada Allah..yang kita sedia maklum dalam al-Quran telah menyatakan matlamat hidup manusia yang sebenar dalam surah adz-dzariyat,ayat 56...tetapi ramai manusia yang tidak memahami dan mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat ini....

“Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu“.

(QS : Adz Dzariyat [51] :56).

ayat ini memberi makna yang besar kepada saya agar meletakkan matlamat yang jelas dalam hidup ini.hakikatnya,jika kita telah meletakkan matlamat hidup yang jelas...tak kiralah dalam pelbagai perkara yang kita buat,samada belajar,makan,tidur,mandi,buang air,melihat pemandagan,pakai baju..jika semua perkara ini diniatkan kerana Allah..ianya dikira sebagai ibadah..dan hanya perkara2 yang baik sahaja kita akan meniatkannya kerana Allah..sebaliknya jika kita mahu mengumpat,mengutuk,mencarut,mencuri..adakah kita akan meniakanya kerana Allah?semestinya tidak..secara automatiknya..perkara2 buruk ini akan dapat kita tinggalkan sedikit demi sedikit...InyaAllah saya yakin apabila kita melakukan semua perkara niat kerana Allah ianya akan berjaya,walaupaun di mata manusia ianya nampak gagal..tetapi pada pandangan Allah kita tidak gagal.kerana kita melakukan sesuatu itu kerana Allah..melakukan sesuatu kerana Allah adalah untuk mendapatkan keredhaanNya...
picture by Deviant art
saya teringat soalan2 yang sahabat ajukan kepada saya.."macam mne nak berubah dgn senang? ".."macam mana kita nak berterusan untuk berubah?tak nak sekejap2 je.." "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah? " ..semua ini boleh diperolehi dengan BERDOA kepadaNya..minta sungguh2 pada Allah..InyaAllah,doa kita akan dimakbulkan..kalau bukan sekarang...mungkin esok..kalau bukan esok mungkin lusa......dan seterusnya...kita jangan sesekali berputus asa untuk berdoa kepadaNya..yang paling penting sentiasa bersangka baik dengan Allah..  tuntasnya,kepada sesiapa yang terbaca post ini..saya berharap serba sedikit dapat memberi manfaat kepada anda semua...kerana orang yang menulis ini bukanlah sempurna mana..tetapi sedang berusaha untuk menjadi lebih baik...sekian..wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...