misi kemanusiaan banjir HALUAN

pada 6/2/2011 sehingga 10/2/2011 saya telah menyertai Misi Kemanusiaan Banjir Johor di SMK Seri Medan,Bt.Pahat...pengalaman dan kenangan di sana sukar untuk dilupakan kerana ni adalah kali pertama saya menyertai misi banjir..pada mulanya agak kekok untuk menjalankan tugas di sana..alhamdulillah dengan izin Allah alumni ex-JDK telah berkumpul di sana bagi mencurahkan khidmat di sana kerana bantuan dan tenaga amat diperlukan....seramai 14 org sahibah dan 8 org sahabat yang telah hadir bersama bg program alumni JDK..sesampai di sana kami diberikan tugas oleh Dr.Baharudin iaitu merancang dan menjalankan program serta aktiviti untuk mengisi masa lapang mangsa-mangsa banjir...alhamdulillah dengan izin Allah kami semua telah menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak dan remaja di sana dengan baik,walaupun terdapat sedikit masalah atau kekeliruan....1 perkara yang amat mengharukan hati saya apabila anak-anak di sana tidak membenarkan kami pulang kerana mereka rindu dan mahukan lagi program yg menrik untuk mereka..kpd adik2 IAllah kami dri Haluan akan cuba yang terbaik....       





BANJIR adalah musibah??
tidak...tidak sama sekali...banjir adalah satu ujian yang Allah berikan kepada hambaNya bagi menguji keimanan seseorang itu...saya ada berbual-bual dgn beberapa orang mak cik yang menyatakan bahawa banjir ini adalah musibah untuknya....sebenarnya kita sebagai seorang manusia haruslah sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dgn Allah..segala yang diturunkanNya kpd manusia ada maksud disebaliknya,ada hikmahnya...banjir ini adalah 1 peringatan Allah kpd manusia yg telah lalai, 1 tanda Allah sayang akan hambaNya...kadang kala kita kena merasaiNya....tuntasnya sebagai renungan ingatlah sekiranya kita ditimpa apa-apa musibah atau ujian terimalah dengan hati terbuka dan sentiasa bersangka baik dengan Allah...sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...








inilah barisan-barisan sahabat sperjuanganku di pusat banjir Haluan Johor


adik-adik yang kreatif..membuat baju drp surat khabar!


kanak-kanak kecil yang sentiasa gembira dan ceria

dan yang paling ISTIMEWA sekali apabila saya dan rakan-rakan menerima cenderahati drp adik Shafiq..dia telah membuat sebuah roket dan memberinya kpd kami....

sekian sahaj laporan drp saya dari Pusat Banjir Haluan Johor..sesungguhnya yang baik itu datang drp Allah yang buruk itu dtg drp kelemahan diri saya sendiri,hakikatnya kedua-dua itu dtg drp ALLAH...

Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...