JDK dalam memoriku..




Kem Jati Diri dan Kesularelawan madah terbaik...
alhamdulillah akhinya dapat jugak saya meng'post' tentang JDK setelah sekian lama kem ini berakhir,kira-kira sebulan yg lalu..walaupun kem ini telah berakhir tetapi memori dan kenangan di sana tetap takkan berakhir..sesungguhnya pengalaman,ilmu,sahabat handai dan banyak lagi telah saya perolehi di JDK..perasaan dihargai,disayangi,dihormati amat terasa apabila berada di kem ini,kerana di JDK sahaja saya dapat merasakan perasaan sebegini..rakan-rakan di sekeliling banyak mengajar dan mendidik  hati ini agar sentiasa ikhlas kerana Allah...sesungguhnya 22 hari sebenarnya tidak cukup bagi diri ini untuk mentarbiyah diri sebenarnya...walaubagaimana pun akan ku praktikkan ilmu yang telah aku perolehi di JDK...IAllah...semoga Allah permudahkan...

kisahku di JDK... 
kelakar pula apabila mengingat semula peristiwa sebelum saya ke JDK..sejujurnya aku agak terpaksa untuk menghadirkan diri ke JDK pada mulanya..kerana niat di hati ingin ke PLKN..tetapi segala yang berlaku ada hikmahnya,boleh jadi sesuatu yang kita tak suka adalah yang terbaik untuk kita..benar!di sini saya nk kongsikan 2 perkara penting yang saya pelajari di sana:
1. membetulkan niat dengan membuat segala perkara kerana Allah 
2.sebagai seorang muslim kita perlu ada prinsip hidup yang kukuh dan tidak mudah goyah,walaupun berada di suasana jahiliyah...
sesungguhnya sahabat di sekeliling banyak menyedarkan dan membuka hati ini dengan izin Allah...di samping pengisian-pengisian yang mantap yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman..Alhamdulillah...

pengalaman menimba ilmu bersama dan berbincang dalam kumpulan sukar dilupakan

berbincang sebelum bermain "perang-perang" 

 sesungguhnya modul yang paling saya suka adalah modul kemasyarakatan..tahla kenapa hati ini berasa sangat seronok apabila dapat bekerjasama dengan sahabat-sahabat berjumpa masyarakat dan bergotong -royong membersihkan sekitar kawasan kampung....
  

ada kalanya kami mengatuk di auditorium..aktiviti yang mencergaskan kami diselitkan..di samping itu menyanyikan nasyid tema kami Bingkai Kehidupan serta Jejak yang begitu bersemangat...semangat kami membara apabila menyanyikan nasyid tersebut diiringi gaya yang begitu semangat... 


En.Shahrul yang begitu banyak menaikkan semangat kami terutamanya ketika menyanyi

 kehadapan sahabat-sahabatku....
sesungguhnya pengalaman dan ilmu yang telah engkau berikan kapadaku tidak akan ku lupakan...
kita bermain bersama,bergurau bersama,meraikan hari lahir bersama,makan bersama,menangis bersama,ketawa berasama..oh,sungguh banyak kenangan kita bersama.....
sesungguhnya ana amat berterima kasih kepada Allah kerana mempertemukan kita bersama-sama di JDK...
semoga ukhuwah yang terbina ini menjadi pendorong ana menghadapi rintangan dan cabaran di masa depan dan ukhuwah ini utuh selamanya...amin...




  
  








Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...