Matrouh & Siwa | winter break part 2

Assalamualaikum dan alhamdulillah..

insyaAllah..kisah jaulah kami di Matrouh dan Siwa disambung semula..hehehe.Post yang pertama aku kongsikan tentang Ageebah Beach,Shali Ancient Town,Mountain of the Death,Oracle Temple,Dakrour Mountain dan tasik garam...dan sekarang kami meneruskan jejalah ke Cleopatra Spring.

Kami berehat dan makan tengahari di Cleopatra Spring.Tempat ni kecik je..dan terdapat sebuah kolam air panas sedalam 7 meter...
Sedih tak dapat nak mandi sebab kolam dia terletak kat tengah2 khalayak ramai..dan paling penting tak pandai berenang.hahahah..mesti lemas kalau masuk pun sebab 7m kedalaman dia.

Maka beruntunglah kaum adam yang seronok bermandi manda di situ..kitaorang menyorok main rendam rendam kaki kat kolam kecil yang ada bersebalahan kolam utama dan tersorok sikit..hahahaha

Ini bukti aku dah sampai Cleopatra Spring :) with Wani
Inilah dia kolam yang 7 meter tu..ada berani?hahahah

Tempat lepak kitaorang kat atas tu.cantik wooo~

Kitaorang dapat rendam kaki kat kolam kecik ni je..hahahaha ksian..

Model padang pasir Siwa,Haleina :P

tempat kitaorang istirahat,makan,berdrama,bergelak ketawa..syok!tgk tu siap ada pokok kurma tumbuh lagi..tumbuh dari bawah tembus sampai ke atas tau.hahah

Farah mengendap siapa tu??hahahahah

haaaa..jadi model pokok kurma pulak...

ni nama dia Datin Faizah...best lepak sini..redup je kat bawah pokok kurma

Ni tengah makan sebab tu mulut ternganga..hahahaha
haaa..jangan main2 tempat nak berjemur pun ada jugak..tinggal baring je kat situ

senyummm Wani..... :)
Alhamdulillah Maryam was here (Cleopatra Spring,Siwa)
[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]
 
Setelah berehat dan makan di Cleopatra Spring akhirnya kami meneruskan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu Safari trip ke padang pasir.Boleh dikatakan rugi kepada yang datang ke Siwa tapi tak join Safari trip ni..kerana anda akan merasai betapa adventurenya meredah padang pasir menaiki jeep..di mana jeep tersebut akan meredah segala halangan iaitu padang pasir yang berbukit-bukit.Kami seeakan-akan menaiki roller coster..kejap turun 90 darjah..kemudian naik semula 90 darjah..macam nak tercabut jantung bak hang! hahahahah..tapi apa-apa pun Safari trip the best!

Pemandangan sepanjang di padang pasir..tangkap sambil jeep gerak gerak tau..turun naik..turun naik macam roller coster !

Belakang tu antara contoh bukit yang curam yang kitaorang lalu...tapi ada lagi curam tak sempat nak tangkap...

Berfikir sejenak....bayangkan bagaimana Rasulullah dan para sahabat berhijrah nak sampaikan Islam dengan menaiki unta merentasi padang pasir..apatah lagi bile kena mendaki bukit-bukit yang curam.masyaAllah sungguh hebat perjuangan Rasulullah dan para sahabat pada zaman dahulu...subhanallah
Laju sangat ammu ni bawak jeep..sampai bergegar kamera kitaorang hahahaha..

Berhenti berehat sebentar..makanya,kitaorang pun bergambarlah!! hahahaha



Alhamdulillah Maryam was here (Siwa Desert)






[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]
 
Sepanjang perjalanan Safari trip ni kami berhenti di dua tempat di mana wujudnya oasis atau sumber air di tengah padang pasir.Inilah yang dikatakan hebatnya kuasa Allah swt,di mana tengah-tengah padang pasir yang kering kontang itu,Allah wujudkan sumber air di situ..masyaAllah.

Tempat pertama kami singgah di sebuah tasik yang dikatakan juga mempunyai ikan di dalamnya.Dan of course cantik sangat view sekitar tasik ni....

cantik sangat sampai aku terfikir...'cantik ni kalau buat desktop lappy aku..hahahaha'



Cantik sangat tasik ni kalau tengok depan depan..dengan air nya yang tenang..tambah dengan lalang2 kuning yang halus mulus...waahhhh subhanallah..cantik sgt!



[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]
 

Perhentian seterusnya di sebuah kolam air panas dimana air yang keluar dari perut bumi itu tanpa henti.Air ini sedikit berbau kerana bau belarang yang ada di dalam kolam ini..

subhanAllah maha suci Allah menciptakan sumber air ditengah-tengah padang pasir ini yang memberi seribu kegunaan kepada manusia.

Kalau lihat betul betul di tengah-tengah tu ada air bergerak..itulah punca air keluar dari perut bumi.Air kat sini panas suam suam dan ada sikit bau belerang..


alololo..comelnye budak dua orang ni..hahahaha

tak lepaskan peluang merasa air panas ni...kitaorang pemalu,tu yang pergi jauh sikit dari orang ramai..menyorok la konon! ahahahks

kak zai dan oasis
wani dan oasis


PERHATIAN! ini pokok kurma bukan pokok kelapa sawit...hahahaha..banyak pokok segar hidup di sekeliling kolam ni sebab tanah yang subuh..

[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]
 
 
Akhirnya telah sampai ke destinasi untuk bermain sand boarding..seriously pengalaman bermain sand boarding best giler..hahahahahah.

Yang kelakarnya,dah lah paling lambat nak daki pasir yang tinggi macam gunung tu,sampai je atas terus minta kat ustaz nak main sand boarding.Budak budak perempuan yang lain semua duduk tepi je tengok lelaki main....

Dengan berani nya kitaorang pun ambik satu board dan bersedia nak turun tapi....................
time tu baru kitaorang sedar...'mak ai,tinggi giler nak turun...takutlah!!takut tergolek..waaaaaaaaa!!takut!!!!' jerit jerit takut tapi nak naik gak.takde pulak bangun ke apa ke..hahahahaha
akhirnya dengan ketekunan ustaz mengajar kitaorang macam mana nak main dengan betul..maka berjayalah kami turun dengan gembiranya...wuhoooo~ sampai juga bawah..hahahaha

tapi yang membuatkan orang berfikir dua tiga kali nak main sand boarding ni sebab petapa payahnya nak naik balik..tinggi woo kena panjat.hahahahah..
nak dijadikan cerita rezeki kitaorang naik balik dengan menaiki jeep...(weeeee..menari menari~)

excited nak main ni...ustaz kata turun bestla..nak naik balik,pffft penat gler..buktinya tengok dua orang lelaki kat belakang tu..sampai merangkak2 dah tu..penat sgt!!

Alhamdulillah pengalaman menarik buat kitaorang... :)
haaaa...kan dah cakap..nak turun best..tapi nak naik balik..hahahahahah Tuhan jela yang tau.kah2

time ni kitaorang dari atas mampu tengok je...and tak tahan nak gelak sebab tengok gelagat diaorang nak naik balik..macam2 gaya..kak odah pengsan dah kat bawah...hahahaha


bergambar je dengan board ni...tak nak guna ni..hahahahah..yang ni untuk orang dah pro..naik sorang-sorang..hahahahaha..kitaorang naik berdua.duduk pulak tu kikiki




diaorang yang drive jeep ni bukan sembarangan tau...semua dah terlatih.sebab bukan calang2 orang boleh buat aksi stunt kat padang pasir ni...jeep2 ni tengah menunjukkan aksi diaorang la tu..hahaha
kitaorang yang duduk dalam jeep tu sambil dibawa naik bukit sana..bukit sini macam dalam gambar ni..mana tak menjeritnya!hahaha


yang ni paling aku suka..ammu-ammu(panggilan pakcik org mesir) yang drive jeep jeep ni tadi..comel je..masing2 keluarkan tikar diaorang macam dalam gambar ni..pastu duduk ramai..hidupkan api..buat teh!awww sweet je diaorang ni...sempat lagi berkhelah...

Kak zai,Faizah dan Lina bersama ammu Siwa

inilah sebab kitaorang paling lambat sampai atas tu sebelum main sand boarding..kitaorang berposing-posing dulu..baring-baring dulu..menikmati kesejukan dan kehalusan pasir Siwa hehehehe..

adik-adik yang sudah sampai puncak memberikan kitaorang semangat untuk sampai ke puncak..hahahah kitaorang je yang belum sampai puncak time tu.."jika kau fikir kau boleh!kau pasti boleh melakukan..KAU BOLEH!!" Thanks adik2 jadi bersemangat kitaorang hahahaha
Kak dalilah dengan suami dan Nasih pun join juga Safari trip ni...tengok Nasih tu seronok betul dia dapat pijak pasir.. :D

Kak tak panas ke pegang matahari macam tu? >_< hahahahahaha




dan selepas dah bermain sand boarding..kami sempat menikmati matahari terbenam di padang pasir..masyaAllah cantik!



akak ni memang suka pegang matahari ea? hahahahahaha LOL

haaaa..perkenalkan 3 orang pengasas Madeen Tour..ustaz mujahid,ustaz mustaqim dan ustaz aiman.

frankly speaking time ni langit lawa sangat...macam warna pelangi!subhanallah cantik!!


credit to kak zai..gambar sebelum naik jeep nak balik!nice shot..
 [semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]


Kitaorang dibawa ke satu tempat lagi..di mana tempat ini dulunya adalah laut..dan sekarang sudah kering dan yang tinggal hanyalah fossil-fossil..terdapat tulang-tulang ikan..batu-batu karang yang dah mengeras,fossil kerang dang banyak lagi...

Maha suci Allah..terkejut bile tahu ini adalah sebuah kawasan yang dimana dahulunya adalah laut..laut di tengah-tengah padang pasir??! semua tu adalah di bawah kuasa Allah...

Alhamdulillah Maryam was here (Fossil in Siwa Desert)

Time ni dah malam..tu yang gambar gelap dan kurang jelas..putih putih tu adalah fossil yang tinggal batu-batu keras..di mana belakang sana lagi adalah padang pasir..

setakat ni...tinggal fossil ini sahaja yang dipelihara..katanya ini adalah fossil tulang ikan



subhanaAllah..ammu-ammu drive menunaikan solat maghrib.walaupun di mana mereka berada.. :')


[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]


Maka tamatlah jelajah kami di padang pasir Siwa...
alhamdulillah keesokan harinya kami berangkat pulang dan singgah di Cleopatra Bath di Matrouh.

dikatakan tempat ini sebagai tempat Cleopatra mandi air laut tanpa orang lain boleh melihatnya..jadi sebuah batu telah ditebuk berbentu sebuah ruangan bilik di mana Cleopatra akan mandi di dalam batu tersebut...haaaa~ special bak hang Cleopatra ni..

Full view tempat mandi Cleopatra ni..hahahah



batu inilah yang ditebuk berbentu sebuah ruangan mandi...juga ditebuk kiri dan kanan batu agar air laut boleh masuk dan mengalir keluar dari batu ini...hebatkan kuasa seorang ratu,nak mandi laut pun sampai kena tebuk batu tu...hahahahah








Alhamdulillah Maryam was here (Cleopatra Bath,Matrouh)

Banyak rumpai laut di sekitar batu- batu ni...


kak zai :)

Datin Faizah :)






 try masuk dalam ruangan mandi tu..terdapat lubang di kanan dan kiri batu ni untuk air mengalir keluar dan masuk...

 baru je nak keluar ke laut...ombak datang dari arah laut..masuk dalam lubang..nasib baik air surut..kalau air pasang tenggelam aku...






kak Zai pun masuk gak gua kecik ni..hahahaha..tapi bile ombak datang menjerit-jerit nak keluar..hahahahah








[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]


Alhamdulillah!!!!!!selesai je di Cleopatra Bath ni kitaorg terus pulang ke Cairo..dan seterusnya ke Mansurah (bandar terchenta..kah2)
tapi yang syok masa balik ni kitaorang berhenti kat sebuah perhentian..agak mewah sebab macam macam kedai ada kat sini (kalau kat Mesir memang dikira mewah sebab susah nak cari tempat best macam ni hahahah..well u know Egypt?! )

Time tu pulak kitaorang memang kebulur semua..mana tak nya dari pagi tak makan.Malam baru dapat makanan..so kitaorang pun serbulah Mini Metro ala ala 7eleven la..
kitaorang masuk je terus cari manggi cup..hahahahah alhamdulillah terus kami makan kat situ gak!lapaq bak hang...


inilah makan malam kitaorang..maggi indo mee!

muka kebulur..muka kebulur..hahahahah.alhamdulillah kenyang juga walaupun maggi je.
 [semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]

alhamdulillah tamat sudah kisah kami di Matrouh & Siwa...kepada sesiapa yang belum pergi jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Matrouh dan Siwa..sesungguhnya di sebalik kita berjalan-jalan sebenarnya banyak ibrah yang boleh kita dapat...

insyaAallah..terima kasih kerana membaca.apa yang aku harapkan serba sedikit dapat memberi pembaca info-info menarik tentang Matrouh dan Siwa..semoga Allah redha :)

assalamualaikum.

(cuti dah nak habis wey...hahahaha :P)

Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...