Matrouh & Siwa | Winter break part 1

 assalamualaikum dan alhamdulillah akhirnya berjaya mengagahkan diri meng"update" blog setelah sekian lama blog ini terpengkalai dek terlalu busy kebelakangan ni.Jadi post kali ni untuk kita cerita segala pengalaman dan perasaan aku berjaulah ke Matrouh dan Siwa,Mesir...
dan sebenarnya sepanjang pengalaman aku berjaulah di beberapa tempat di Mesir ni,tak kiralah Aswan ke,Luxor ke,Hurgadah ke,Dumyat ke,Matrouh ke,Siwa ke...semuanya membuatkan aku terfikir betapa besar dan indahnya ciptaan Allah.Dan of course aku dapat merasakan ibrah pada setiap tempat yang aku pergi di seluruh Mesir ni...bukan rasa macam melancong saja tapi berjaya membuat aku berfikir betapa 'awesome' nye bumi anbiya ini...subhanallah,alhamdulillah,masyaAllah :)

Jadi nak dipendekkan cerita aku dan kawan-kawan dari Mansurah memulakan jaulah kami pd 9 Februari..dan kami memilih Madeena Tour sebagai tour guide kami jaulah ke Matrouh dan Siwa.Dan kenapa aku memilih untuk pergi bersama Madeena Tour? (haaa..ala2 dalam iklan gitu..hahaha,ayat promote ) kerana ini adalah syarikat tour yang di'organise' oleh Malaysian sendiri,kedua apa salahnya kita menyokong produk Malaysia(eh,tetiba..hahahahaha).dan pengasas mereka terdiri daripada 3 orang ustaz yang belajar di Cairo.dan alhamdulillah Madeena Tour terbaik!! (y)..hahaha

Jaulah kami bermula dengan bermandi manda di Ageebah Beach,Matrouh.Frankly speaking rasa nak menangis bile pertama kali melihat kebiruan,kejernihan,keindahan,kecantikan air laut di Matrouh.sehingga tak terkata keindahan pantai2 di Matrouh ni..di mana kalau di Malaysia pemandangan ini hanya terdapat di pulau2..tapi ini pantai!pantai yang airnya tersangatlah jernih..lagi jernih dari air paip kat uma..hahahaha.Jadi kepada sesiapa yang duduk di Mesir atau datang Mesir jangan lepaskan peluang melawat Matrouh.Keterujaan itu perlu dilalui depan mata sendiri..tak syok tengok kat gambar je,lain rasa dia.haaa gitu ye...hahahaha.

Dan pertama kali melihat warna laut yang berlapis-lapis warnanya (katanya ada 7 warna yg berbeza pada laut di Matrouh) seakan-akan bermimpi kerana terpegun dengan keindahan pantai ini...dan kerana warna pantai ini membuatkan aku teringat ketika aku masih sekolah rendah,mak pernah ajar aku mewarna air laut(latihan nak masuk pertandingan mewarna dulu2 hehehe)..mak kata "buat tone pada air laut,biru tua,biru muda,biru cair dan last sekali warna putih"..time tu terfikir,ada ke laut warna biru macam ni..and yup!wujud rupanya laut warna macam tu.alhamdulillah Allah masih beri aku peluang menemui laut yang indah ini...

Pemandangan sepanjang pantai di Matrouh.

Farah is a happy girl :D
Permandangan Pantai Ageebah dari atas.
See!!! Betapa jernihnya,bersihnya,indanya air di pantai ni.
 
 
 
yeay! kami lah kanak-kanak riang yang seronok menikmati keindahan ini :)
alhamdulillah Maryam was here (Ageebah Beach)
Wani antara yang paling excited main air..hahaha
Kak Zai,kak Adah,kak Odah (ni sume golongan veteran..golongan akak2 kah2)

Farah,kak Adah,kak Ziha,Lina and me.
posing senget sikit hahahaha..
Request gambar dari Farah ala2 wedding photo.
Bunga2 ADHARA di Pantai Ageebah

Kak Zai dan batu cantik :)



Ini aku namakan BATU CANTIK.

Last moment di Pantai Ageebah




 ADHARA in Ageebah Beach,Matrouh

Full view of Ageebah Beach (credit to kak Odah)

Another view of Ageebah Beach
[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]

Selepas selesai trip kami di Matrouh kami bergerak ke Siwa pulak.3 jam dari Matrouh dan sampai sahaja di Siwa dah malam dan kami terus check-in hotel di Siwa.Nak cerita sikit pasal Siwa ni..Siwa ni adalah sebuah penempatan yang betul-betul terletak di tengah-tengah padang pasir,sebab tu perjalanan ke sana juga memakan masa yang lama.Dan Siwa memang terkenal dengan buah zaitun dan kurma.Dapat beli minyak zaitun dengan harga RM20 sekilo..murah sangat!dan dapat makan buah kurma dia yang baru petik dari pokok sebab banyak sangat pokok kurma kat sini..dan kurma dia manis dan sedap! Sebenarya kitaorang expect bandar Siwa ni macam bandar2 biasa yang ada hotel mewah2,KFC ke,Pizza Hut ke..hahahaha tapi sampai je di Siwa,agak terkejut kerana apa yang kami nampak hanyalah pokok2 kurma,bangunan bertanah liat,pekan2 kecil..hahahaha.poor me!

Tapi sebenarya itulah trademark bandar Siwa.Sebab bandar ini terletak di tengah2 padang pasir.Penduduk di bandar Siwa semuanya adalah orang Islam,tiada agama lain.Bahasa arab yang mereka gunakan pun lain sedikit dari bahasa ammiyah sebab mereka gunakan bahasa arab fusahah/bahasa Libya.Penduduk Siwa ni sebenarnya golongan yang payah menerima Islam pada suatu masa dahulu.Tetatpi apabila memeluk Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam.Sebab tu kalau pergi Siwa nanti akan lihat lelaki dia hampir semua memakai jubah sahaja,serban di kepala,yang perempuan2 akan memakai jubah hitam,purdah..dan akan jumpa juga golongan wanita yang dah berkahwin akan memakai jubah hitam dan berpudah sehingga tidak nampak mata.Itu beza antara yang sudah berkahwin dengan yang belum berkahwin.

Jadi kami punya trip pada 10 Feb bermula dengan melawat Shali Ancient Town .Pada suatu ketika dahulu didiami oleh orang asli Siwa.Mereka membina bandar dengan membina rumah bertingkat-tingkat dan masjid menggunakan tanah liat dan air garam.

Bangunan tinggi tu adalah masjid yang orang Shali bina pada suatu ketika dahulu
Kesan peninggalan rumah2 orang Shali
Haleina rahman muka bangun tidur..hahaha.(sorry leina ~)

Semua tiang dan tangga di bandar ini diambil daripada pokok kurma sahaja.Mereka mengikut sunnah Rasulullah.
alhamdulillah Maryam was here (Shali Ancient Town)

Pemandangan dari atas bandar Shali.Gambar rumah2 di bawah tu adalah penempatan orang Siwa sekarang.


Sekarang aku berdiri di atas bandar Shali..dan yang dibelakang tu juga adalah bandar Shali.haaa betapa besarnya mereka bina bandar mereka.Hebat kan!?

Kembar aku,Zati bayani..hahaha

Tak sah kalau tau bergambar dengan tiang ni..with kak Odah :)
Bunga2 ADHARA di Shali Town..alololo..comel2 belaka sume :P
Masa kami berdua pulak..with Haleina rahman
Panorama view of Shali Town
[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]


Destinasi seterusnya adalah Mountain of the Dead atau Jabal al-Mawta.Gunung ini dinamakan sedemikian kerana mayat2 akan ditanam di situ pada zaman dulu.Terdapat banyak2 kubur dan bilik2 kecil disekitarnya.


Keadaan dan rupa bentuk kubur2 di sini
Terdapat bilik2 kecil di sekeliling kubur itu untuk meletakkan makanan,barang keperluan atau harta2 (mengikut kepercayaan mereka pada zaman dahulu)
Credit to kak Zai..hahahaha dia kata "awak posing mcm tu je,cantik ni ambik gambar"

Antara lubang2 yang wujud di sini.hahaha berusaha nak masuk sebenarnya tapi tak muat.Ambik gambar dari luar je
Here we are..bunga2 ADHARA di Jabal al- Mawta

Si pengambil gambar nak masuk juga..so berselfie la aku!
Kami panjat tinggi2 sebab nak tengok orang kat bawah.
Lubang2 itu adalah kubur.
Kak,kak..senyum la sikit..hahahaha.posing konon2 ganas la tu :P
Bergambar dengan batu pun cantik jugak.hahahah
ok!sume angkat tangan macam burung!!
LOL..nak masuk gak tapi....aku telah menghalang depa hahahaha

Pondok yang dibina daripada daun pokok kurma :)
here we are..ADHARA!!
Selfie beramai-ramai di atas gunung!

Panorama view of Mountain of the Death
 [semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]


 Lepas dah panjat-panjat gunung kitaorang bergerak lagi ke sebuah gunung yang di situ terdapat sebuah temple peninggalan zaman dahulu,iaitu Temple of the Oracle of Amun.Terdapat Caleopatra punya tempat mandi kat situ.Kami kena mendaki lagi untuk sampai ke temple tersebut.


Belakang itu adalah rumah2 yang dibina sekeliling temple ini.
Selepas kedatangan Islam kawasan temple ini didiami oleh orang Islam.dan mereka telah membina masjid di depan temple ini..(bangunan yang ada menara tinggi belah kanan gambar adalah masjid)
Alhamdulillah Maryam was here (Oracle Temple,Siwa)
Pintu masuk temple
Last minit punya gambar..masing2 panjat batu itu semata2 nak ambik gambar XD
Panorama view of Oracle Temple
Di sebelah kanan aku itu adalah imam besar di Siwa ini.namanya Sheikh Idris.Orangnya hebat dan cukup zuhud.Beliau boleh berbahasa melayu sikit sebab pernah bekerja di Malaysia.
Farah dan kak Ziha
Terdapat kanak-kanak Siwa di belakang tu sedang bermain-main.Dan aku memegang cenderamata yang ditenun sendiri oleh perempuan2 di sini.Handmade ye..
Ladang kurma
Buah kurma yang baru dipetik dari pokok.Budak lelaki petikkan dan rasa dia manis dan sedap.Seriously kurma dia sedap!
 [semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]

Setelah selesai jelajah Oracle Temple,kami terus bergerak ke tasik garam.On the way ke tasik garam kami berhenti sekejap di Dakrour Mountain.Kami hanya turun dan mengambil gambar sahaja..Di sepanjang jalan menuju ke gunung ini teradapat banyak rumah2 atau pondok2 yang dibuat daripada tanah liat.Penduduk Siwa akan berkumpul dan bermalam 3 hari di sekitar gunung ini pada bulan oktober(kalau saya tak silap..maaf kalau salah sebab tak dengar sangat time ni ustaz beri penerangan heee~~).Mereka akan makan bersama2,bermalam bersama di tempat ini.Dan itu adalah tradisi mereka.

Terdapat satu budaya yang menarik yang diamalkan oleh masyarakat Siwa,iaitu mereks tidak akan makan selagi ahli keluarga atau kawan2 mereka semua tidak mempunyai pinggan dan makanan,mereka akan tunggu semua orang cukup dan akan mula makan bersama.Menarik kan?!satu amalan yang patut kita contohi..(kita kalau dah lapar makan je dulu sampai lupa orang lain :P..tapi agak2 kalau kawan kita tu sibuk nak ambik gambar tak payah la tunggu..makan je.sibuk nak ambik gambar..kah2)

Belakang kami itulah yang dinamakan Dakrour Mountain.
Faizah,Haleina dan Farah




[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]

Selepas kami di Dakrour Mountain siwa,kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Tasik Garam.Tasik ini terjadi kerana tanah di kawasan itu mengandungi kandungan garam yang amat tinggi sehingga air dari oasis yang mengalir di atasnya terus membentuk tasik garam.Subhanallah sangat menakjubkan ciptaan Allah.
Lihatlah kejernihan air dia yang membuatkan aku rasa nak terjun je.hahahaha

Kak Adah comel! >_<


Ketulan kristal garam dan garam hancur yang terdapat di sini

Bunga2 ADHARA :)



Kandungan tanah yang terlalu tinggi dengan garam menjadi keras dan membentuk kristal garam





Alhamdulillah Maryam was here (Salt Lake,Siwa)
[semua gambar diambil menggunakan Samsung galaxy grand,S4,galaxy note 2 & 3]

  InsyaAllah part 2 akan bersambung..ikuti kisah kami merentasi padang pasir menaiki jeep,bertemu dengan oasis padang pasir,bermain sand board,melihat sunset,melawat fossil di padang pasir dan Caleopatra beach..insyaAllah akan di upadate :) terima kasih kerana membaca..semoga Allah redha




Comments

Popular posts from this blog

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...