4 Tahun Aku Di Sini



kadang-kadang aku rasa pelik dengan perangai dan sikap masyarakat arab di Mesir..bila kalian mahu berubah....

...agar tidak membuang sampah merata-rata, tidak kencing di dinding2 jalan..
...agar tidak menipu wang dalam semua perkara, bertamadun sikit, hormat orang lain,
...agar mengubah sikap, berfikiran terbuka, sabar, tidak kasar, berhenti sikap suka bergaduh, stop from calling Malaysian "buya-buya"(org asli ), stop from saying " Malizi kathir fulus (Mysian banyak duit), menipu budak-budak Malaysia, ambik hak orang..pleaseeeeee Masri'in (org2 Mesir) tolong berhenti buat sikap sedemikian!!

MESIR.. bila ditanya kenapa belajar di Mesir?
ada masa aku jawap : "sebab mak yang nak hantar" "sebab yuran murah berbanding Medic di Malaysia" "sebab nak rasa duduk di perantauan" "sebab nak rasa duduk di bumi ambiya'" etc.....

sejujurnya aku katakan kepada sahabat-sahabat/ adik-adik yang mahu sambung belajar di sini, sila lah pikir banyak kali dan lakukanlah solat istikharah. duduk di Mesir bukanlah satu perkara yang boleh dianggap sebagai keseronokan...tapi adalah sebagai satu ujian, UJIAN BESAR!

aku tak halang kalian nak ke Mesir tapi sila betulkan niat dan bersiap siaga menghadapi perangai dan sikap orang arab di sini dengan kesabaran.semakin lama aku di sini semakin aku rasa muak dengan sikap mereka...seriously sangat muak dan letih!

apa aku boleh buat??hanya mampu bersabar...sangat2 bersabar sehingga pernah terdetik rasa menyesal belajar di sini......sampai satu tahap kau akan mengalah sehingga kau terduduk kerana melayan perangai arab2 di sini. akhirnya aku terpaksa mengalah jugak, tak guna aku bergaduh berteriak seakan akan sikap mereka yang suka bergaduh itu diikuti..dalam aku berdiam ada masanya juga aku meninggikan suara demi menegakkan keadilan untuk diri ini. dan pada saat itu baru aku sedar, bahawa arab2 di sini sangat memandang rendah terhadap Malaysian di sini..dan bila kita mampu bersuara..rupa-rupanya mereka takut dan kecut perut jugak..tapi ini hanya sebahagian daripada masyarakat di sini.

boleh aku katakan sikap aku suka bergaduh dan melawan di sini adalah kerana didikan sikap aku di sini...dan satu hari mesti akan bergaduh dengan arab so,macam mana boleh aku katakan aku tidak akan terikut2 perangai ini..but sikap ini tidak sepatutnya diikuti.....

tapi ingatlah itu semua bukan penghalang untuk kalian menjejakkan kaki kalian di sini...percayalah di sebalik pasir debu di Mesir tapi masih ada mutiara di sebaliknya..aku akui dalam keburukan mereka tapi 1000 kali lebih baiknya budaya mereka memberi salam pada sesiapa2 sahaja, suka menolong org lain tanpa double standard,suka berselawat, suka mengingatkan kita agar buat kebaikan etc..

yang aku cakap ini bukanlah aku mengutuk tapi hanya sekadar pandangan dan luahan hati aku...aku memohon maaf seandainya kata-kata ku di atas menguris hati sesiapa..dan apa yang aku katakan juga itu tidak semuanya besikap sedemikian...dan aku mahu kalian doakan kesejahteraan Mesir..jatuhkan lah pemimpin yg zalim dan peliharalah orang2 yg beriman.ameen...

boleh aku katakan untuk kali terakhir...sudah susah untuk aku jumpa lagi orang-orang yang baik di sini ketika aku tahun 1 dahulu...kerana mereka2 yang baik itu telah dipenjarakan,dibunuh...doakan mereka pleaseee...


Comments

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...