18 sx : cerita pasal kahwin,kahwin,kahwin...

assalamualaikum semua..agak lama tidak menaip di blog ini.kali ini entri agak biasa sahaja..iaitu pasal kahwin...tapi yang luar biasanya bagi saya ialah sekitar umur kami yang baru menjejak ke alam 18 tahun,agak kerap bercerita tentang PERKAHWINAN.bak kata mak amalina..."korang sume kan dah dewasa tak heran lah suka  cerita kahwin2 ni"...betul jugak..hehehe

seriously, cerita dengan kawan belah sini cerita pasal kahwin,cerita dengan kawan sana pasal tunang...(dalam hati..takde topik lain ke..kita kan masih muda =.=' ).kalau orang bertanya kepada saya tentang kahwin muda..jawapan saya adalah : no komen..heheh..bukan apa kalau kita kata "tak suka" nanti terkena pada batang hidung sendiri..kalau kata "suka" pun susah juga...tapi yang sebenar-benarnya hati mengatakan seperti ini : suka(40%) tak suka(60%)...ini hanya pendapat saya,di mana saya berfikir sendiri...."aku ambik course medic...(agak mencabar..perlukan tumpuan yang padu)..6 tahun pulak tu,jadi aku rasa dalam jangka masa aku study jika aku berkahwin..aku rasa kurang yakin..." bukan membenci,cuma rasa tidak yakin sahaja..matlamat saya untuk berkahwin ialah setelah berjaya mendapat kerja..barulah akan mendirikan rumah tangga(baru betul2 bersedia...keh3)

dan sebenarnya ada beberapa statment yang selalu saya ingat..kerana statment berikut sering diucapkan oleh orang sekeliling...
1. sebelum fly tak nak "ikat" dulu ke?.........jawapan: tak boleh,sebab calon takde lagi... >_<
2. haaa...6 tahun kat mesir..nanti balik mesti bawak pak arab...dalam hati berbisik,kalau dah semua orang yang aku jumpa cakap macam ni..lama2 jadi doa jugak ni kang...(hehehehe)
gambar hiasan semata-mata...hehehe


dan sebenarnya 1 pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah di atas ni (dah macam kisah tauladan pulak) ialah.....JANGANLAH HANYA MENGEJAR CINTA DUNIA,CARILAH CINTA ILAHI DAHULU...kerana jika kita mengejar cintaNya cinta yang lain pasti akan menyusul...yakinlah...cinta terhadap pelajaran,cinta terhadap binatang,cinta terhadap makhluk Allah(termasuklah pasangan hidup) dan banyak lagi...dan "sesungguhnya bercinta selepas bernikah adalah yang paling manis"..1 prinsip yang saya pegang ialah 1 hari Allah pasti akan menemukan jodohku jua..kita hanya berdoa dan bertawakal..Allah yang menentukkan..samada cepat atau lambat..sebagai manusia kita WAJIB redha dengan ketentuanNya...so nak share sikit buku yang agak bagus..(bukan agak bagus,memanga bagus sangat untuk dibaca sebagai motivasi diri)
buku ni paling best dan paling terkesan di hati..sangat2 sweet ^__^

buku ni belum baca lagi..heheh..tapi katanya best gak..inputnya sangat bermanfaat..

tararr..hahah,yang ni pun adalah cerita sikit2 tentang kahwin gak(kahwin yang berlandaskan hukum bersyarak)...sebenarnye penulis buku ni adalah suami kepada fatimah syarha buku yang atas sekali...mereka adalah pasangan suami isteri yang saya admire la gak..kisah ni juga bagus untuk bakal2 doktor...



Comments

Anonymous said…
semoga berkekalan dengan kekuataan :D

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...