my first surgery

assalamualaikum 

bismillah...ok bukan nak cerita aku kena "operate" tapi aku pergi melihat doktor-doktor melakukan "surgery"...^_^

minggu lepas kitaorang berempat pergi hospital universiti di Mansurah.Pengalaman pertama yg tak dapat aku lupakan apabila kaki pertama menjejaki "Operation Theater" (OT)...perkara pertama yg aku nampak adalah doktor sedang mengorek sesuatu ke dalam abdomen pesakit...bahagian perutnya telah dibedah dan doktor-doktor tersebut sedang mencari sesuatu di bahagian perut pesakit tersebut.,doktor tu sume muka relaks je,dan nampak juga sedang bersusah payah nak mencari di mana punca masalah.Kami bertanya apa penyakit dia..pakar bius yg duduk di tepi memberitahu bahawa makcik tersebut mempunyai ketumbuhan di bahagian perutnya..pada mulanya agak takut nak datang dekat,tapi sikit-sikit kitaorg datang dekat sebab nak tengok lebih jelas..alhamdulillah doktor tak marah.

beberapa minit berada kat OT yg pertama,kitaorg keluar then pergi ke OT ke 2..dan doktor kat dalam bilik ni tengah operate baby yg berumur 4 bulan yang menghidap hydrocephalus...
ini contoh hydrocephalus(kepala membesar kerana cecair dalam kepala berkumpul disebabkan laluan tersumbat)
boleh dikatakan surgery bahagian otak sangatlah rumit..selepas doktor dah berjaya keluarkan cecair tersebut..kitaorang sempat jugak tengok doktor menjahit dan menutup kesan bahagian yang dibedah tu...masyaAllah rumit sangat!dan nampak dengan jelas macam mana doktor tu menjahit lapisan otak satu demi satu sehingga bahagian yg dibedah tu tertutup.kitaorg agak terkejut apabila dapat melihat keadaan kepala dan badan baby tersebut...kepalanya sudah membesar tetapi badannya kecil saje..sedih seketika melihat keadaan baby yg comel sebegitu menghadapi penyakit ni..

lepas OT yg ke 2 tu tadi habis,kitaorg bergerak ke bilik OT ke 3..tapi time tu surgery baru nak bermula..pesakit itu masih dalam keadaan sedar..pengalaman jugak bile dpt tengok sendiri depan mata bagaimana pesakit itu ditidurkan,diangkat,dipasang alat pernafasan ke leher dan memulakan pembedahan....pesakit kali ini seorang makcik juga,umurnya lebih kurang 40 tahun..dikatakan pesakit ini menghadapi masalah tulang belakang atau nama lainnya "slip disc"..surgery kali ini agak mencabar bagi doktor sebab doktor sendiri cakap mereka susah nak cari punca masalah dan membaikinya..tambahan lagi tulang itu kecil dan lebih ke dalam..doktor dah ambil banyak masa di situ..kitaorang pun tak nampak apa2 lagi time tu..so lepas tu kitaorg ambil keputusan untuk balik sahaja...

jadinya itulah pengalaman pertama aku masuk ke bilik pembedahan sepanjang hidup..serba sedikit menyedarkan diri ini,adakah dah sedia nak jadi doktor?macam mana nanti nak layan pesakit?adakah secara kasar atau lembut? dan sebagainya...serba sedikit juga muhasabah tok diri ni agar menghargai nikmat kesihatan yg Allah masih berikan... :)


dapatlah merasa pakai baju OT :P

bergambar sekejap selepas melihat surgery..


p/s: sorry memang tak ambik gambar time surgery sebab etika tak benarkan kita ambil gmbr di dalam OT













Comments

Nomad Melayu said…
Assalamualaikum,

Sangat2 cemburu.

Nak pergi masuk OT juga!!

T.T
ukht am said…
haa..untunglah...dpt masuk tgk diorang bedah...kalo amani x smpai hati nk tgk baby tu kene bedah...yam..ko nk jd doktor kene berani...:)
Anonymous said…
Mashaallah!
Moga yam jdik duktur yg solehah & membawa manfaat kepada umat islam :)
Anonymous said…
wahh...bagus bangat kamu orang....beruntung skali yah..
cemburu bangat dehh..gimana kamu bisa ke OT yam?kamu udah level tinggi yah??waduh asik skali...
HambaPenguasa said…
mak cik yg kena operate tu, yang pakai baju hijau dlm gambar eh? #curious
Mar_yam said…
syukran kepada yg mendoakan..

@hamba penguasa:eh yg baju hijau tu tgk surgery je..bkn kne operate hahahaha sje je

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...