early experience in cardiologist hospital

assalamualaikum..alhamdulillah akhirnya dapat juga "mengupdate" blog...tak tahu lah apa yang sibuk sangat sampai tak sempat nak bukak blog ini...dan hari ini ada beberapa cerita yang nak saya kongsi bersama...

25 NOVEMBER 2012...

Mengikut jadual yang telah doktor berikan,kami akan melalui sesi "early experience" atau dalam bahasa malaysia pengalaman awal ke hospital pakar jantung(cardiologist hospital)...kami ke sana untuk memperolehi pengalaman sebenar bersama pesakit-pesakit jantung di hospital tersebut.Walaupun tajuk "ECG","heart sound" and "blood pressure"telah kami pelajari secara teori di dewan kuliah tetapi pengalaman sendiri menghadap pesakit sebenar adalah lebih menarik.Tepat jam 12.30 tengahari kami telah masuk ke wad pesakit lelaki bersama doktor yang akan mengajar kami.

Ketika mula-mula masuk ke dalam wad tersebut,rasa agak janggal kerana kami telah masuk secara beramai-ramai(lebih kurang 10 orang pelajar).Terdetik di hati,takut kehadiran kami ini menggangu pesakit-pesakit di dalam wad tersebut.Ternyata benar,ketika saya dan Haleina bergerak dari katil ke katil seorang pakcik di katil terakhir yang memakai kopiah tersebut telah terkumat kamit berkata sesuatu.Nampak gayannya dia tidak selesa dengan kehadiran kami beramai-ramai.Tiba-tiba pakcik tersebut berkata "rouh,rouh barrouh" (pergi,pergi keluar).Ketika itu rasa sedih la pulak sebab kena halau tetapi doktor kami telah mengarahkan kami berkumpul bersama kerana pembelajaran akan bermula.

Pembelajaran kami pun bermula seperti biasa.Doktor telah menjadikan seorang pakcik sebagai model kami.Rasa terharu pulak bila tengok kesudian pakcik tersebut merelakan dirinya untuk menjadi model kami,walaupun dia dalam keadaan sakit serta mengantuk.Semoga Allah membalas jasa pakcik. :).Pembelajarn diteruskan dengan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan,panggal leher,kaki dan beberapa tempat lain.Tiba-tiba kami terdengar suatu bunyi seperti orang mengerang kesakitan.Kami semua toleh ke arah tersebut.Kelihatannya pakcik di hujung tadi sedang memegang dadanya sambil mengerang kesakitan.

Ketika itu kami dah mula rasa "cuak" dan sudah mula tidak fokus dengan apa yang doktor katakan(siapa je boleh fokuskan bila orang lain kesakitan).Yang kami pelik sangat ialah kenapa semua orang seperti tidak kisah dengan pakcik tersebut.Pakcik tersebut mengerang kembali,kami mula menegur doktor tentang pakcik tersebut.Tetapi pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa, sehinggalah pesakit sebelah katil pakcik tersebut memanggil doktor.Barulah doktor kami tadi keluar untuk memanggil doktor yang bertugas.Pada mulanya kami hanya berdiri dari jauh dan tidak berbuat apa-apa.Hanya memerhati dan mula gelabah apabila melihat keadaan pakcik tersebut semakin teruk.Kami hanya mampu melihat kerana kami tidak tahu untuk melakukan apa-apa.Semua orang takut untuk membantu kerana risau akan risiko yg akan dihadapi jika tersalah bantu. Selepas itu muka pakcik tadi mula kemerah-merahan,dia tertunduk ke hadapan dan dia telah mengalirkan air mata kerana menahan kesakitan di dadanya.Dan ketika ini jugalah semua orang telah betul-betul gelabah.(orang malaysia memang senang gelabah..heheh,tetapi orang arab di sekeliling hanya tenang sahaja..dan perlu diingatkan,dalam keadaan sedemikian kita tidak boleh berasa tenang...kan.kan)


picture credit to Aesh Hamidi (btw org tengah kalut2 sempat lagi dia ambik gambar)
Tiba-tiba Allah izin..kami semua bertindak untuk membantu pakcik tersebut apabila ternampak pakcik tersebut membuat isyarat ingin memakai "mask oxygen".Nad Haruka terus menghulurkan mask tersebut,tetapi pakcik tersebut meminta untuk membuka meter oksigen tersebut.Kerana kami tidak tahu bagaimana ingin menggunakan peralatan tersebut telah menyebabkan kelewatan untuk pakcik tersebut menggunakan alat bantuan pernafasan tersebut.Sikit demi sedikit Natasha Elena memusing meter tersebut sehingga pesakit di sebelah katil tersebut berkata "kaman!!kaman!!(lagi...lagi)"...rupa-rupanya meter itu perlu dibuka sampai habis =.=".Tetapi masalah itu masih belum selesai kerana "mask" tersebut tidak sampai untuk diletakkan ke muka pakcik tersebut.Ya Allah ketika itu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan kami pelajar Malaysia melihat peralatan hospital daif seperti itu.Tidak disediakan untuk setiap satu pesakit,mungkin 1 peralatan itu mereka berkongsi 3 orang.Akan tetapi kami sedar,kami berada di Mesir,bukan di Malaysia yg di mana kelengkapan hospitalnya,alhamdulillah cukup baik.Bukan sahaja wayar penyambung bantuan oksigen itu pendek malah tiba-tiba wayar penyambung itu tercabut.Apa yg berlaku kami semua bertambah kalut...dan berusaha untuk memasangnya kembali....


meter oksigen yg dilekatkan di dinding dan mask serta wayar penyambungnya.

Beberapa minit kemudian,pakcik tersebut masih dalam keadaan kesakitan.Lagi sekali Allah memberikan ilham kepada kami.Saya telah membuka kunci tayar pada katil pesakit dan terus menolak katil tersebut agar lebih dekat dengan alat bantuan pernafasan tersebut.Alhamdulillah juga apabila Afif dan Amirul telah membantu pakcik tersebut duduk dan mengurut belakang badan pakcik tersebut.Lebih kurang 10 minit kemudian barulah doktor yang bertugas datang...(tiba-tiba rasa macam drama plak..bile masalah mula dah selesai baru polis atau doktor nak datang,,heheheh).Dan yang membuatkan kami gembira kerana mendapat pengalaman seperti ini serta gembira kerana dapat membantu pakcik tersbut.Ketika kami hendak meninggalkan wad tersebut,pakcik tersebut mengucapkan terima kasih dan melambaikan tangan kepada kami,walaupun pada mulanya dia tidak suka akan kehadiran kami.Sama-sama doakan agar pakcik tersebut cepat sembuh :)

Walauapapun,saya berasa terharu dan sedikit bangga akan sikap rakan-rakan saya yang mempunyai sikap yang sangat2 perihatin dalam membantu orang yang sedang sakit.Semoga Allah menerima segala amalan kami .Dan saya juga berharap sikap sedemikian dapat dikekalkan sehingga menjadi doktor sebenar..berani dan perihatin :)

Pengajaran yang paling-paling saya terasa di hati ialah NIKMAT SIHAT sebelum SAKIT...ya Allah melihat keadaan pakcik-pakcik terlantar di hospital membuatkan saya lebih bersyukur kerana Allah masih memberikan saya nikmat sihat.Tugas kita adalah jaga kesihatan...jagalah amanah yang telah Allah pinjamkan kepada kita.Nasihat saya tolong jangan merokok,jaga permakanan...serta pergi beriadhahdan melakukan aktiviti yang boleh menguatkan jantung :)

Comments

kak bihah said…
nak nangis T___T
tahniah junior2. kitorg pun xde lg tgk kes gitu tgh2 EE kan...
Mar_yam said…
sedih sangat tgk keadaan pakcik tu...klu tu ayah kita,tgk penjagaan dr macam tu...tak sampai hati lah..huhuhu..alhamdulillah3x...nikmat untuk kita masih byk Allah kurniakan
Harishjay said…
Very Good Post i like this blog Cardiologist In Pune

Popular posts from this blog

Matrouh & Siwa | Winter break part 1

SANAH HELWA YA UMMI~

tanda-tanda yahudi akan kalah...